Monday 30 April 2012

Penghargaan

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya kerana banyak memberi sokongan dan dorongan bagi menyiapkan blog ini.Mereka juga merupakan orang sumber dalam tugasan folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran PSK kerana telah banyak memberi tunjuk ajar serta kepada rakan-rakan kelas .

Objektif Kajian


Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan blog ini mempunyai objektif seperti berikut:)


  • Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya.
  • Saya boleh menghubung kait  dan membentuk salasilah keluarga say bermula dari datuk dan nenek saya sehingga kepada generasi saya.
  • Saya dapat mengenali keluarga saya dengan lebih dekat .
  • Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada anggota keluarga saya atas kemajuan yang telah dicapai.
  • Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai  sesuatu kejayaan  sebagai pedoman  dan panduan untuk berbakti kepada mereka.
  • Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
  • Saya dapat menguasai kemahiran mencari,mengumpul,merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya


Isi Kandungan


  1. Penghargaan
  2. Objektif Kajian
  3. Kaedah Kajian
  4. Lokasi tempat membuat kajian
  5. Liputan kajian
  6. Salasilah keluarga 
  7. Salasilah keluarga Bapa 
  8. Salasilah keluarga Ibu
  9. Perkembangan Diri dan Keluarga
  10. Tokoh dalam Keluarga
  11. Peristiwa bersejarah dalam hidup 
  12. Rumusan
  13. Rujukan

Kaedah Kajian

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga  yang saya gunakan adalah seperti berikut:)

  • Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibubapa  bagi mengetahui lebih lanjut tentang beberapa peristiwa samaada melalui penglibatan mereka secara langsung atau tidak langsung.
  • Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan ,hobi dan tingkah laku.

Lokasi Tempat Kajian

Liputan Kajian

Liputan kajian saya merangkumi

  1. Salasilah keluarga
  2. Perkembangan diri dan keluarga
  3. Tokoh dalam keluarga
  4. Peristiwa Bersejarah dalam keluarga.

Carta Salasilah Keluarga Bapa Saya


Carta Salasilah Keluarga Mama Saya


Salasilah keluarga saya


Bapa Saya

Nama beliau ialah Mohamad Jamil b Rashid.Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan pada 27 Mac 1964.Bapa saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chengkau pada tahun 1971.Seterusnya ,beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau sehingga tahun 1981.

Ibu Saya

Nama beliau ialah Mahawi bte Abdul Mulop.Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan pada 10 Julai 1968.Kami memanggil beliau mama.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kundur pada tahun 1975.Seterusnya,beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Yusof sehingga tahun 1985.

Abang Saya

Nama beliau ialah Mohamad Hafiz B. Mohamad Jamil. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1992. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia sehingga tahun 2002.Seterusnya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Linggi sehingga tahun 2004.Selepas itu,beliau menyambung pelajaran ke Sekolan Menengah Sains Tuanku Ja'afar sehingga tahun 2009.Kini beliau belajar di Politeknik Merlimau.Mengambil jurusan Diploma Ukur Tanah.

Diri Saya

Nama saya Muhammad Hazim b. Mohamad Jamil. Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 16 Oktober 1996. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Linggi.Seterusnya bersekolah di Sekolah kebangsaan Undang Rembau sehingga tahun 2010.Kemudian saya bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba.

Adik Saya

Nama beliau ialah Muhammad Haziq b Mohamad Jamil. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 26 Mac 2002.Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kundur.Kini beliau berada di darjah 4.

Perkembangan Diri dan Keluarga

Ahli keluarga saya terdiri daripada saya,mama,ayah,abang dan adik saya. Selepas perkahwinan ibu bapa saya iaitu pada bulan november tahun 1991,mereka tinggal di Gombak,Selangor kerana ayah saya bekerja di sana.Saya serta semua adik beradik saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur iaitu pada tahun 1996 bulan Oktober.
Ketika saya berumur 7 tahun,kami sekeluarga berpindah ke Negeri Sembilan iaitu di Rembau kerana ayah saya bertugas di pejabat daerah serta mendapat ahli keluarga ynag baru iaitu adik saya.
Walaupun keluarga saya tidak besar namun suasana meriah tetap wujud apabila adanya majlis keramaian..

Tokoh -tokoh Dalam Keluarga

Saya memilih nenek saya iaitu Pn.Chemah bte Ahmed sebagai tokoh dalam keluarga kami. Beliau merupakan seorang ibu serta nenek yang penyayang,tabah dan sabar dalam membesarkan anak-anak. Beliau dilahirkan pada tahun 22 April 1947.Oleh keranan nenek saya seorang anak yatim ,beliau tidak dapat bersekolah kerana ingin menjaga adik-adik beliau .
Setelah berkahwin dengan datuk saya dan telah dianugerahkan anak.Mereka memulakan kehidupan di Kampung Kundur Hilir iaitu di Rembau.Dengan pertambahan anak-anak,sara hidup semakin bertambah.mereka menampung keperluan harian dengan melakukan kerja-kerja kampung iaitu memungut hasil padi serta menoreh getah . Hasil titik peluh inilah ,mereka membesarkan anak-anak serta memberi pendidikan yang sempurna kepada 5 orang anak.
Walaupun telah berusia 65 tahun,beliau masih melakukan kerja-kerja yang beliau gemari iaitu berkebun. Kai sekeluarga sangat sayang akan beliau.

Peristiwa Bersejarah

Sungguh tidak disangka, saya terpilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba.Umum sudah mengetahui,sekolah ini adalah antara sekolah di Malaysia yang terbaik.Jadi,saya amat bersyukur kepada tuhan kerana terpilih untuk belajar di sini.

Rumusan

Secara kesimpulannya, daripada yng telah saya lalui sepanjang melaksanakan projek folio pendidikan sivik dan kewarganegaraan ini, saya banyak mendapat pengajaran yang berguna iaitu seperti dapat mengetahui asal usul diri dan keluarga dengan lebih mendalam, dan saya berbangga menjadi waris keluarga ini. Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi anak yang berjaya supaya dapat membanggakan keluarga saya.

Rujukan

Orang Sumber-Mohamad Jamil b Rashid  (640327055333)(bapa)
                       - Mahawi bte Abdul Mulop (680710055228)(mama)