Monday 30 April 2012

Tokoh -tokoh Dalam Keluarga

Saya memilih nenek saya iaitu Pn.Chemah bte Ahmed sebagai tokoh dalam keluarga kami. Beliau merupakan seorang ibu serta nenek yang penyayang,tabah dan sabar dalam membesarkan anak-anak. Beliau dilahirkan pada tahun 22 April 1947.Oleh keranan nenek saya seorang anak yatim ,beliau tidak dapat bersekolah kerana ingin menjaga adik-adik beliau .
Setelah berkahwin dengan datuk saya dan telah dianugerahkan anak.Mereka memulakan kehidupan di Kampung Kundur Hilir iaitu di Rembau.Dengan pertambahan anak-anak,sara hidup semakin bertambah.mereka menampung keperluan harian dengan melakukan kerja-kerja kampung iaitu memungut hasil padi serta menoreh getah . Hasil titik peluh inilah ,mereka membesarkan anak-anak serta memberi pendidikan yang sempurna kepada 5 orang anak.
Walaupun telah berusia 65 tahun,beliau masih melakukan kerja-kerja yang beliau gemari iaitu berkebun. Kai sekeluarga sangat sayang akan beliau.

No comments:

Post a Comment